Monday, August 8, 2011

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) dan Kembara Anak Kenyalang 2011

Pada 12 hingga 18 Julai yg lepas ak join OPKIM dan kembara anak kenyalang 2011 anjuran Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA). kekadang nak juga join program persatuan anak negeri lain. for 1st time ak naik flight n terbang ke Sarawak. huhu... tempat kunjungan kami ialah di Bandaraya Kuching dan Santubong.

Poster program.

ke sarawak naik Air Asia

Dah sampai Sarawak, Sg. Samarahan kot... hehehe..

Tujuan datang ke Sarawak ada 2 matlamat utama iaitu OPKIM dan kembara. OPKIM dilakukan dengan pergi ke sekolah2, rumah anak yatim dan membersihkan kawasan kampung Santubong. Kembara pulak jejalan sekitar bandaraya Kuching.



Program dgn pelajar sekolah, adik2 dari SK Abg Buyong (UPSR), SMK Matang Jaya (STPM) dan SK Gita (UPSR). Time kat sekolah2 ni kiteorg jadi fasilitator kpd adik2 n dikuatkan agi oleh Abg Iman n Abg Radzi sbg motivator.

kenangan terindah OPKIM kali ni ialah di Peyatim Sarawak. walaupun kejap tapi amat bermakna.

sepanjang penginapan kami di Sarawak, kami tinggal di Yayasan Sarawak dari mula hingga nak balik. tapi kami juga menginap di Homestay Santubong untuk menjalankan aktiviti dengan penduduk kampung.

Gunung Santubong.

Aktiviti bersama penduduk kampung

gotong royong bersihkan kawasan pekuburan.

gambar bersama mak angkat, Pn Jamilah.

selain menjalankan aktiviti OPKIM, kami juga mengembara pusing2 Kuching dan Santubong.

Berlatarbelakangkan DUN Sarawak.

Bergambar dgn meriam d Muzium Sarawak.

petunjuk arah Muzium Sarawak.

Taman Orkid Laila Taib

Persembahan kebudayaan Sarawak di Sarawak Culture Village

Bergambar dgn lambang Bandaraya Kuching.

sepanjang OPKIM dan Kembara Sarawak ini banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bersama urusetia mahupun peserta sendiri dan orang sarawak sekali. 

Peserta dan urusetia di Pantai Santubong

Bersama urusetia.

Taniah kepada Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) UKM kerana berjaya menganjurkan aktiviti dan program yg best ni ... kenangan bersama tersemai dalam ingatan.













Kembara Mahkota Johor 2011 Daerah Muar

Poster KMJ 2011

Pada 18-21 Jun 2011 yang lepas, KDYMM Sultan Ibrahim berkenan untuk mengadakan Kembara Mahkota Johor 2011 (KMJ 2011) di Daerah Muar bertemakan Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab kita. 

Logo KMJ 2011
 Kebetulan time ini, ak tengah cuti sem n memang ade kat Muar, xde event sangat. Jadi ak amik ar peluang ni tok mendekati program pemimpin bersama rakyat ni.
Laluan KMJ 2011

Walaubagaimanapun ak xdpt join sepanjang program ini sbb xde transport... jadi ak cuma ada time majlis perasmian kat Jorak & majlis penutupan di Tanjung Mas je. hehehe....

Surat jemputan daripada Pejabat Daerah Muar utk majlis perasmian n penutupan.

Khemah diraja sewaktu majlis perasmian di Jorak.

persembahan artis jemputan, Ibno Reza, Jaafar Onn.

KDYMM Sultan Ibrahim serta rombongan memulakan jelajah KMJ 2011.

21 Jun 2011 : persembahan oleh kump pancaragam JMF.

Persembahan kebudayaan zapin Lenga.

DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah bersalaman dengan hadirin.

para urusetia KMJ bergambar bersama DYMM Sultan dan kerabat.




Thursday, June 9, 2011

Karnival Belia P146 Muar 2011


Pada 10-12 Jun 2011 akan diadakan Karnival Belia P146 Muar 2011 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Bandar Maharani Muar, Johor. Pelbagai aktiviti akan diadakan. semua dijemput hadir. aktiviti kemuncak ialah pada malam sabtu dimana ada persembahan artis oleh Kumpulan May, Siti Sarah dan kumpulan Sepah. Pada malam itu juga perasmian akan dilakukan oleh YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli parlimen Muar. Selain itu, saya juga mempelawa dan mengalu-alukan Anak-anak Muar yang menuntut di IPT singgah ke booth Rangkaian Anak Muar (RAM) nanti.


Kami dari Rangkaian Anak Muar (RAM) akan mengadakan pameran dan pendaftaran untuk RAM. selain pelbagai aktiviti yang menarik di Booth2 yang lain. Untuk mengetahui aktiviti2 yang akan dilakukansemasa karnival Belia ini sila lawat blog rasmi Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar di http://pkrmmuar.blogspot.com/ . Kedatangan amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Lawatan S.M.K Sri Gunung, Bachok ke KBS. (8. Jun 2011)


Pada 8 Jun 2011 bersamaan hari Rabu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dikunjungi oleh S.M.K Sri Gunung, Bachok, Kelantan. ketibaan mereka pada jam 8.30 pm telah disambut oleh Saudara Hafiz Rais, yang mewakili Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. seramai 84 Orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 termasuk guru-guru iringan yang diketuai oleh Cikgu Azman Hussien. tetamu ini telah dibawa ke aras 3 Menara KBS dan dihidangkan dengan makanan yang telah disediakan. Sambil meramah mesra dengan guru-guru kami juga terhibur dengan gelagat pelajar-pelajar SMK Sri Gunung ini. Semoga lawatan mereka ke KBS meninggalkan kenangan manis yg sukar untuk dilupakan. 

Ucapan alu-aluan Saudara Hafiz mewakili Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Ucapan penghargaan daripada Cikgu Azman hussien.

Antara pelajar yang hadir.

Pelajar lelaki menambil makanan

makan-makan

makan-makan lagi.







Program MANTAP 2011


Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) merupakan sebuah program yang diadakan dengan penglibatan Mahasiswa-mahasiswa IPTA yang telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangkap Biro Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN). Mantap ini di bawah naungan Dato' Razali Ibrahim dan telah mendapat persetujuan dengan ahli Jawatankuasa Kabinet.

Program ini telah diadakan mulai 3 Jun bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelajar-pelajar yang telibat telah diselia dan berprogram dengan BTN. Antara pengisian program adalah bersifat patriotik, kenegaraan, riadah dan santai. Pada awalnya hampir 200 orang mahasiswa IPT yang melibatkan diri, bagaimanapun melalui tapisan dan interview yang dilakukan kini hanya 86 orang peserta yang berada dalam program MANTAP, dan mereka akan di hantar untuk berkhidmat dengan Ahli-ahli parlimen pilihan mereka. Sesungguhnya program ini mendedahkan kepada mahasiswa kepada keadaan parlimen dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh ahli parlimen pilihan mereka. Keadaan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan agenda politik yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. 

Kolej Keris Mas, UKM.

Sesi temuduga telah diadakan.

ucapan oleh Dato, Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd. Hamid

Dato, bergambar dengan peserta lelaki MANTAP

Bersama peserta wanita.


bersama urusetia MANTAP





Wacana sinar Siri 4.


Pada 31 Mei 2011 yg lepas, ak dengan Apis Rais tergerak nak g tengok Wacana Sinar Siri 4 yang telah diadakan di Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam yang mengimpunkan tokoh-tokoh ternama tempatan iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, Saudara Nasiruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Permuda PAS pusat dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis dan Dr. Maszlee Malik sebagai moderatornya. mereka membincangkan isu yg sangat menarik dengan situasi dan fenomina sekarang iaitu Fitnah : Ancaman Umat Akhir Zaman. Masa kami hadir ke Karangkraf sesi wacana belum bermula.bahagian Auditorium telah dipenuhi oleh mereka-mereka yang datang awal. tapi nasib baik di bahagian luar telah disediakan dengan meja dan kerusi. 





Mengikuti perkembangan dan isu-isu yang dinyatakan serta diutarakan amat menarik perhatian, walaubagaimanapun kami tidak dapat mendengar ulasan serta pergulungan yang diberikan kerana kami terpaksa bertolak pulang awal ke UKM kerana takut jalan sesak kemudiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...