Thursday, June 9, 2011

Wacana sinar Siri 4.


Pada 31 Mei 2011 yg lepas, ak dengan Apis Rais tergerak nak g tengok Wacana Sinar Siri 4 yang telah diadakan di Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam yang mengimpunkan tokoh-tokoh ternama tempatan iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, Saudara Nasiruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Permuda PAS pusat dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis dan Dr. Maszlee Malik sebagai moderatornya. mereka membincangkan isu yg sangat menarik dengan situasi dan fenomina sekarang iaitu Fitnah : Ancaman Umat Akhir Zaman. Masa kami hadir ke Karangkraf sesi wacana belum bermula.bahagian Auditorium telah dipenuhi oleh mereka-mereka yang datang awal. tapi nasib baik di bahagian luar telah disediakan dengan meja dan kerusi. 





Mengikuti perkembangan dan isu-isu yang dinyatakan serta diutarakan amat menarik perhatian, walaubagaimanapun kami tidak dapat mendengar ulasan serta pergulungan yang diberikan kerana kami terpaksa bertolak pulang awal ke UKM kerana takut jalan sesak kemudiannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...