Thursday, June 9, 2011

Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) S.M.K Bandar Tenggara, Kulai ke UKM


Pada 30 Mei 2011 yg lepas, pelajar-pelajar tingkatan 6 atas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara telah mengadakan lawatan sambil belajar (LASBELA) ke UKM. Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM telah dibertanggungjawabkan untuk menguruskan kehadiran mereka dengan saudara Najib Samingin sebagai ketua. 

tempat pertama lawatan mereka ialah Muzium Warisan UKM di Bangunan Canselori pada jam 3.30pm. Pelajar-pelajar telah diberikan penerangan dan taklimat oleh pegawai daripada Jabatan Muzium Warisan UKM tentang sejarah penubuhan UKM itu sendiri. 




selepas pelajar-pelajar yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Tingkatan 6, SMK Bandar Tenggara melawat Muzium Warisam UKM, mereka seterusnya dibawa ke Perpustakaan Tun Seri Lanang. pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang telah dibawa oleh exco-exco PERMAJ sendiri. 

Pelajar d PTSL

Pelajar d Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM

Motivasi oleh Dr. Salleh Amat.

Akhirnya, slot mereka bersama PERMAJ diteruskan dengan sesi motivasi yang telah diberikan oleh Dr. Salleh Amat, pensyarah Fakulti Pendidikan merangkap Penasihat PERMAJ di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan. Pada sesi ini, pelajar-pelajar kelihatan amat teruja dan tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh Dr. Salleh Amat. Pada jam 7.00 pm, lawatan sekolah ini berakhir. Diharapkan lawatan pelajar-pelajar ini dapat memberi 1000 kenangan kepada mereka disamping mereka dapat melihat dan meninjau keadaan dan situasi universiti yang kami sayangi ini.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...