Thursday, June 9, 2011

Karnival Belia P146 Muar 2011


Pada 10-12 Jun 2011 akan diadakan Karnival Belia P146 Muar 2011 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Bandar Maharani Muar, Johor. Pelbagai aktiviti akan diadakan. semua dijemput hadir. aktiviti kemuncak ialah pada malam sabtu dimana ada persembahan artis oleh Kumpulan May, Siti Sarah dan kumpulan Sepah. Pada malam itu juga perasmian akan dilakukan oleh YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli parlimen Muar. Selain itu, saya juga mempelawa dan mengalu-alukan Anak-anak Muar yang menuntut di IPT singgah ke booth Rangkaian Anak Muar (RAM) nanti.


Kami dari Rangkaian Anak Muar (RAM) akan mengadakan pameran dan pendaftaran untuk RAM. selain pelbagai aktiviti yang menarik di Booth2 yang lain. Untuk mengetahui aktiviti2 yang akan dilakukansemasa karnival Belia ini sila lawat blog rasmi Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar di http://pkrmmuar.blogspot.com/ . Kedatangan amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...