Tuesday, May 31, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA 2011 (27-29 Mei 2011)


Tanggal 22 Mei 2011 yang lepas, ak balik semula ke UKM selepas 3 minggu duduk kat umah je. Tujuan ak dtg ke UKM ni nak handle & satlekn kerje2 yg still lom satle agi. Kat UKM ni ak stay bilik Felo Kolej Aminuddin Baki. Kebetulan keteorg ddk bertiga and roomate ak ketiga kerje (patical) kat Kementerian Belia & Sukan. so sepanjang ak ddk kat UKM ni kebanyakkan masa ak habiskan ikot dia g KBS. dan dapatlah ak g celebrate sambutan Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya.

Member ak ni patical kat Pejabat Timbalan Menteri Belia & Sukan, Dato' Razali Ibrahim. So dapatlah ak bekenalan dengan pegawai2, kaki tangan2, dan jumpa Dato' Razali sendiri. 

Papan nama Pejabat Dato' Razali Ibrahim.

Masa yang dinantikan telah tiba iaitu bermula pada hari Jumaat, 27 Mei 2011. Tempat masuk ke KBS mula sesak dengan kenderaan, susah nak cari parking kereta. Haish... tpaksa parking jauh & memapak jalan kaki ke office. Pada hari Jumaat, HSB lebih kepada baccan doa, sembahyang hajat, sembahyang jumaat. lebih kepada aktiviti islamic. kemuncaknya pada malam nye iaitu bunga api tanda bermulanya sambutan HSB. 

KBS dari jauh... penat...

video
Pertunjukan Bunga api di Putrajaya. (Ehsan Y tv).

Disebabkan sambutan Hari Belia ni, member ak ditanggungjawabkan bertugas pada hari Sabtu dan Ahad, so ak pon join dia sekali. bosan2 duduk office, kite org amik peluang g jejalan tengok sambutan HSB. pada awal paginye tak ramai.. so orang office takut target sejuta tu tak sampai... hummm.... 

Pertunjukan Kebudayaan, dpn KBS.

Kereta...

Moto 1 malaysia

pada awalnya kiteorg hanya jalan sampai Istana Keadilan (Palace of Justice) sebab takot sekiranya ade staff panggil kiteorg. so kiteorg sampai kat tapak sasuke Malaysia. yang paling menarik bagi kiteorg setakat ni...

Org ramai meyaksikan aksi Sasuke Malaysia.

video
Sasuke Malaysia (ehsan Y tv)

Pada tengaharinya kiteorg ditugaskan utk menjaga & mengira basikal yang digunakan oleh VVIP kat dpn KBS.
Basikal...

Dato' Razali baru balik dari round2 tapak HSB 2011 dengan basikal.

pada petangnya, kiteorg still kat KBS, tunggu baki basikal dipulangkan. sambil tu tunggu PM, datang KBS tuk merasmikan HSB kat pentas yg mlm nye digunakan oleh Super Junior....Su-Ju M. Selepas selesai tugas kiteorg mengemas basikal2 tu... kiteorg balik UKM kejap, siap2 kan diri... then dtg semula ke Putrajaya. matlamatnye tok tengok persembahan Su-Ju M. Pesembahan Su-Ju M merupakan kemuncak pada hari Sabtu ni...

Pentas Su-Ju M pada hari sabtu siang.

video
Video persembahan Su-Ju M (ehsan Y tv)

kiteorg bukan main besemangat nak tengok pesembahan Su-Ju M ni, mlm tu bukan main ramai org, majoriti perempuan ar... ak pon salah seorg peminat Su-Ju gak. tpi mlm tu Su-Ju banyak nyanyikan lagi slow2 ar... ade 2 lagu je diorg yang best masa pesembahan jam 9 hingga 11 mlm. pas mlm tu kiteorg ramai2 g mkn kat Bonda Bistro kat psent diplomatik, Putrajaya. mlm tu pas mkn kiteorg tros balik, dah ngantok n penat... dah x larat nak tgok Live plawan bola MU vs Barca kat dpn Palace of Justice or kat mapley... (ak memang bukan kaki bola sbenar nye...hehehe)

mkn2...

cerita ari Ahad pulak xde yg best... org pon dah tak ramai cam ari sabtu... kiteorg pon x tau nak g jalan kat mana agi...ishh.... pastu kiteorg amik keputusan naik tren pusing2 1 Putrajaya ni... hehehe

Pemandangan Putrajaya dari Office...

tren khas hari HSB 2011.

pameran Kereta ...

bgambo dgn moto...

kiteorg kat Putrajaya hari Ahad pon kejap je, dlm jam 6 pm kiteorg pon balik ke UKM... ikotkan program kemuncak pada mlm ahad ni ialah Persembahan Konsert Jom Heboh Khas Himpunan Sejuta Belia 2011.. tpi malas ak nak g tengok.... :p

tujelah aktiviti ak kat KBS n Putrajaya time Sambutan Himpunan Sejuta belia 2011 kat Putrajaya. :)

Sunday, May 29, 2011

PERMUAFAKATAN POLITIK PEMBANGKANG DI MALAYSIA (1957-SEKARANG).

Sempena pilihan raya umum ke 13 tak lama lagi ni, terdetik lak hati ni nak kongsi2 info ngan korang tentang permuafakatan politik kat Malaysia ni. Permuafakan politik ni lebih kepada kerjasama antara sesebuah parti dengan parti yang lain untuk menghadapi pilihan raya. Contohnya sekarang ni ade Barisan Nasional (BN). BN ni bukanlah sebuah parti tapi lebih kepada gagasan bawahnya ade 13 buah parti komponen antaranya UMNO, MCA, MIC dll. Macam tu jugak dengan Pakatan Rakyat, ada PAS, PKR dan DAP. Info tentang permuafakatan parti kerajaan seperti BN dan Perikatan sebelumnya rasanya dah ramai yg tahu. So part ni ak nak cite ttg permuafakatan parti-parti pembangkang kat Malaysia ni. 

BARISAN SOSIALIS RAKYAT BERSATU (SOCIALIS FRONT~SF) 1957-1965.

Pakatan pembangkang pertama di Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan. United People Socialis Front (SF) terbentuk pada 31 Ogos 1957 terdiri daripada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (PBM). kemudiannya SF dianggotai oleh National Convensyen Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak, mantan Menteri Pertanian. Ahmad Boestamam, Ketua Umum PRM telah dilantik sebagai Pengerusi SF. Pilihan Raya Umum pertama 1959, SF telah mencatatkan kejayaan yang besar apabila SF menjadi parti ketiga terbesar di Parlimen selepas Perikatan dan Pas.

Parti Buruh Malaya (PBM) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) membentuk Barisan Sosialis.

Ahmad Boestamam, Pengerusi Socialist Front (SF) (1957-1965)

Kerajaan Persekutuan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengaitkan fahaman Sosialisme SF dengan Komunisme. selain itu, selepas Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963, kerajaan telah mengaitkan SF menyokong Indonesia. Disebabkan itu, tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dikenakan kepada pemimpin-pemimpin kanan SF seperti Ahmad Boestamam (PRM), Ishak Haji Muhammad (PBM) dan Abdul Aziz Ishak (NCP). penangkapan ini telah mejejaskan pakatan SF selain masalah dalaman yang melanda. PRM majoriti Melayu tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu luar bandar dibandingkan UMNO dan Pas. Manakala PRM mendakwa PBM tidak memberi sokongan terhadap calonnya. Pada Pilihan Raya Umum 1964, SF hanya memenangi 2 kerusi dibandingkan 8 kerusi pada PRU 1959. 

Tindakan PRM keluar dari SF pada 1965 telah menyebabkan SF lemah dan berkubur. Manakala tindakan PBM terlibat dalam peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan parti ini berkubur. Terdapat sumber menyatakan terdapat ahli PBM yang merupakan parti majoriti Cina ketika itu membunuh seorang ahli UMNO dalam satu rusuhan di Pulau Pinang. 

Perarakan Parti Buruh Malaya (PBM) pada 13 Mei 1959.



Pakatan DAP - GERAKAN - PPP - Pas (1959).

Merupakan pakatan tidak rasmi antara mereka. Pakatan ini terdiri daripada Democratic Action Party (DAP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), People Progresif Party (PPP) dan Parti Islam se-Malaysia (Pas). Pakatan ini terbentuk di sebabkan ideologi dan keinginan mereka adalah sama iaitu menjatuhkan kerajaan Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1959. Mereka telah bersetuju membahagi-bahagikan kawasan tandingan mereka. prinsip mereka ialah seorang wakil pembangkang bertemu dengan seorang wakil Perikatan di setiap kawasan.

Democratic Action Party (DAP)




Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

People Progresif party (PPP)

Parti Islam Se-Malaysia (Pas)

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi. GERAKAN dan DAP  memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi. Gerakan memerintah Pulau Pinang, PAS memerintah Kelantan, DAP-Gerakan menguasai Selangor manakala PPP menang majoriti di Perak (PPP 12, DAP 6, Gerakan 2, Pas 1 kerusi ~Perikatan 19).
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit sentimen perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian bertukar menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

Perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur 1959.


ANGKATAN PERPADUAN UMMAH (APU) dan GAGASAN RAKYAT (1989-1996)

setelah 30 tahun Pilihan raya Malaysia tidak ditandingi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 1990 muncul pakatan pembangkang iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat . Tujuan pakatan ini juga adalah untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Kedua-dua Pakatan pembangkang  ini dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Parti Melayu Semangat 46(S46). APU dianggotai oleh S46, Pas, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Tengku Razaliegh Hamzah, Presiden Parti S46, Pemimpin APU dan Gagasan Rakyat.

Parti Melayu Semangat 46 (S46). Peneraju APU dan Gagasan Rakyat.

Parti Islam Se-Malaysia (Pas)

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM)

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)

selain pakatan APU yang terdiri Parti-parti beraliran Islam, pada masa yang sama Tengku Razaliegh telah mengadakan pesefahaman dengan parti-parti yang bukan berhaluan Islam membentuk pakatan pembangkang dikenali Gagasan Rakyat. 

Democratic Action Party (DAP)

Parti Rakyat Malaysia (PRM)

All Malaysian Indian Progresif Front (AMIPF)

Parti Bersatu Sabah (PBS)

Malaysian Solidarity Party (MSP).

Pada Pilihan Raya 1990, BN masih memperolehi majoriti. Bagaimanapun, BN kehilangan Kelantan kepada Pas - APU manakala Sabah kepada PBS. BN memenangi 127 daripada 180 kerusi Dewan Rakyat. Pada Pilihan Raya Umum 1995, BN masih lagi memperolehi majoriti besar dalam sejarah apabila memenangi 162 daripada 192 kerusi Dewan Rakyat. Pakatan APU dan Gagasan Rakyat akhirnya berkubur apabila Tengku Razaliegh menyertai semula UMNO dan membubarkan S46 pada tahun 1996.

BARISAN ALTERNATIF (BA) (1998-2008).

Barisan pembangkang ini merupakan permuafakatan Pas, DAP, PRM dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). Pakatan ini membuat persidiaan menghadapi BN dalam pilihan raya umum 1999. 

Pemuafakatan Pas, keADILan, PRM dan DAP membentuk Barisan Alternatif.

PRU 1999, BN masih mengekalkan kuasa namun kehilangan banyak kerusi Dewan Rakyat. PRU 1999, BN memenangi 148 kerusi dibandingkan PRU 1995, 162 kerusi. PAS memperoleh kejayaan besar apabila mempertahankan Kelantan dan merampas Terengganu dari BN. Parti keADILan pula memperoleh pengalaman berharga apabila memenangi 5 kerusi walhal keADILan sebuah parti baru. DAP pula mengalami kekalahan apabila hanya memenangi 10 kerusi sahaja. 

Pada 21 September 2001, DAP bertindak keluar daripada BA disebabkan tindakan Pas mengumumkan Negara Islam sekiranya memerintah.

PRU 2004. BN pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi memenangi majoriti besar sebanyak 198 daripada 219 kerusi dan berjaya merampas Terengganu dari Pas. Pas hanya berjaya memperoleh 7 kerusi manakala keADILan hanya menang 1 kerusi. Tetapi DAP memperoleh peningkatan iaitu 12 kerusi.

PRU 2008, BA (Pas & Parti Keadilan Rakyat~PKR) telah berkerjasama semula dengan DAP dan berjaya menafikan majoriti 2/3 BN. Pakatan BA ini berjaya menguasai Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor di samping kekal memerintah kelantan. Kejayaan besar BA dikenali sebagai Tsunami Politik dan Gelombang Rakyat.

PAKATAN RAKYAT (2008-SEKARANG)

Kejayaan besar BA dalam PRU 2008 telah membentuk gagasan baru politik pembangkang di kenali Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 di Petaling Jaya, Selangor.

Pembentukan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya.



Sarawak National Party (SNAP) menyertai PR secara rasmi pada 20 April 2010. walaubagaimanapun, SNAP keluar daripada PR pada 6 Mei 2011 selepas terdapat percangahan calon kawasan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 antara SNAP dengan PKR yang menyebabkan kekalahan teruk SNAP.

Wednesday, May 25, 2011

SULTAN SIR IBRAHIM AL-MASYHUR IBN. ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR (1895-1959)

Al-Marhum Baginda Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim al-Masyhur Ibn. Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar.
Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
(7 September 1895 hingga 8 Mei 1959)


Tanggal 17 September 1873, lahir seorang putera di Istana Bidadari, Singapura dan diberi nama Tunku Ibrahim. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abu Bakar Ibn. Almarhum Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim dengan Cik Besar Zabedah Abdullah.

Perjalanan karier politik baginda bermula apabila baginda di lantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 23 Mei 1891, iaitu ketika baginda berusia 18 tahun. Pada 4 Jun 1895, ayahanda baginda Sultan Abu Bakar mangkat di London dan dimakamkan di Makam Bukit Mahmodiah, Johor Bahru pada 7 September 1895. Dengan kemangkatan ayahanda baginda, Tunku Mahkota Ibrahim diistiharkan oleh Dato’ Jaafar Muhammad sambil disaksikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Charles Mitchell (1894-1899) sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim pada usia 22 tahun.

Sultan Ibrahim selepas ditabalkan sebagai Sultan Johor (1895).

            Pada peringkat awal pemerintahan baginda, Sultan Ibrahim dibantu dan dinasihatkan dalam hal ehwal kerajaan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah berpegalaman seperti Dato’ Jaafar Muhammad (Menteri Besar Johor), Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak (Setiausaha Kerajaan) dan Dato’ Bentara Luar Muhammad Salleh Perang.  Baginda telah menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat Kerajaan Johor di London bagi membuktikan Kerajaan Johor merupakan kerajaan yang bebas dan berdaulat. Pada tahun 1905, Sultan Ibrahim telah menubuhkan Pasukan Sukarelawan Johor (Johore Volunteer Forces) dan memperlengkapkan Pasukan Timbalan Setia Johor (Johore Military Force) dengan senjata yang moden dan canggih.

Sultan Ibrahim berpakaian rasmi sebagai Mejar Jeneral Pasukan Timbalan Setia Johor (JMF) dan Pasukan Sukarelawan Johor (JVF)

            Inggeris tidak senang dengan tindakan Sultan Ibrahim terutamanya baginda dipengaruhi oleh Setiausaha Kerajaan iaitu Dato’ Seri Amar Diraja dalam membuat setiap keputusan. Akhirnya atas desakan Sir John Anderson (1904-1911), Gabenor Negeri-Negeri Selat, Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan di London pada tahun 1905 dan dibayar elaun bulanan. Pada 11 Mei 1914, satu perjanjian ditandatangani antara baginda dengan Sir Arthur Young (1911-1920), Gabenor Negeri-Negeri Selat dimana Johor akan menerima Sir Douglas James Campbell sebagai Penasihat Am Inggeris pertama di Johor. Walaupun baginda menerima penasihat Inggeris, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti mana raja-raja Melayu lain dimana kuasa mereka di kawal oleh Residen Inggeris dan berperanan hanya terhadap adat Istiadat Melayu dan agama Islam sahaja. Hal ini terbukti dengan lawatan baginda ke negara-negara luar. Pada 12 Mac 1934, Sultan Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Jepun dan mengadap Maharaja Hirohito. Di Jepun, baginda telah dianugerahkan darjah kebesaran Order of The Rising Sun oleh Maharaja Hirohito. Pada bulan Jun 1934, baginda telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Roosevelt di White House. Manakala pada bulan Ogos 1934, baginda telah mengadakan lawatan ke England dan menemui Raja George V di Istana Buckingham.

            Pendudukan Jepun di Johor (1942-1945) mengantikan Inggeris tidak membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun amat menghormati baginda kerana baginda memiliki Order of The Rising Sun kurniaan Maharaja Jepun.

            Selepas pendudukan Jepun berakhir, Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu. Kali ini sistem pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu mula berubah, Inggeris ingin memperkenalkan Malayan Union. Untuk merialisasikan hasrat mereka, mereka harus mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu. Wakil Inggeris iaitu Sir Harold Mac Michael yang dibertangungjawabkan mendapatkan tandatangan persetujuan raja-raja Melayu telah menemui Sultan Ibrahim dan baginda telah menandatangani perjanjian pada 20 Oktober 1945. Malayan Union secara rasmi terbentuk pada 1 April 1946. Walau bagaimanapun penubuhan Malayan Union ini mendapat bantahan daripada orang-orang Melayu kerana mengugat kedudukan dan keistimewaan Orang Melayu. Akhirnya Malayan Union dibubarkan pada 1 Febuari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Setem Jubli Intan Sultan Ibrahim.

video


            Pada 17 September 1955, kerajaan telah mengadakan Sambutan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan baginda Sultan Ibrahim dalam Kerajaan Johor. Pada masa yang sama turut diadakan ulang tahun keputreraan baginda ke  82 tahun. Oleh kerana kedudukan baginda sebagai raja Melayu terkanan antara raja-raja Melayu yang lain, baginda telah ditawarkan sebagai calon Yang Di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Walau bagaimanapun, Sultan Ibrahim telah menolak disebabkan keadaan kesihatan baginda tidak mengizinkan. Malahan segala urusan rasmi kerajaan, baginda telah mewakilkan Tunku Mahkota Ismail mewakili baginda. Pada hari pengistiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Negeri Johor diwakili oleh Tunku Mahkota Ismail.

Dalam urusan kekeluargaan baginda, sejarah mencatatkan baginda Sultan Ibrahim memiliki ramai permaisuri dan sultanah. Isteri pertama baginda ialah Ungku Maimunah bte Ungku Abdul Majid. Selepas baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor, Ungku Maimunah di anugerahkan gelaran Tunku Ampuan Besar Maimunah ibn almarhum Ungku Abdul Majid. Perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Tunku Ampuan Maimunah memperoleh seorang putera iaitu Tunku Mahkota Ismail. Bagaimanapun, perkahwinan baginda berakhir selepas Tunku Ampuan Maimunah mangkat pada 2 September 1909. Selepas itu, Sultan Ibrahim berkahwin dengan Sultanah Ruqaiya (30 Ogos 1920-8 Mac 1926), Che Puan Dara  Hasana bt. Dato’ Jaafar Muhammad dan Ungku Intan bt. Ungku Ahmad. Sultan Ibrahim turut mengahwini 2 orang wanita Inggeris berdarah bangsawan iaitu Helen Barthomew dan Marcela Mendl. Helen dimahkotakan sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Sultanah Helen Ibrahim pada 18 November 1931. Bagaimanapun, perkahwinan tidak kekal apabila Sultan Ibrahim menceraikannya pada 1934. Perkahwinan terakhir Sultan Ibrahim ialah dengan Marcela Mendl. Marcela dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 17 September1955 dengan gelaran Sultanah Marcela Ibrahim. Bagaimanpun, baginda lebih dikenali sebagai Lady Marcela. Perkawinan Sultan Ibrahim dengan Sultanah Marcela memperoleh seorang puteri iaitu Tunku Mariam. Perkawinan mereka kekal hingga Sultan Ibrahim mangkat.

Tunku Ampuan Maimunah bte Ungku Abdul Majid
(7 November 1895-2 September 1909)

Sultanah Helen
(15 Oktober 1930-1932)

Sultanah Marcela Ibrahim
(6 November 1940-1959)

            Keadaan kesihatan baginda Sultan Ibrahim selepas sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda amat tidak mengizinkan. Baginda mengambil langkah sama seperti almarhum ayahanda baginda untuk pergi ke London untuk berubat pada bulan Jun 1958. Tetapi baginda telah mangkat di London pada 8 Mei 1959 ketika berusia 86 tahun dan memerintah Johor selama 63 tahun. Baginda dibawa pulang ke Johor dan dimakamkan di Makam Bukit Mahmodiah, Johor bahru pada 6 Jun 1959.




Sekitar istiadat permakaman dan perkebumian baginda almarhum Sultan Ibrahim.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...