Tuesday, September 13, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (13 SEPTEMBER 2011)


Pada 13 September 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Stadium Putra Bukit Jalil.

aku pula telah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Y.B Dato' Razali Ibrahim men inginkan Rangkaian Anak Muar (RAM) membuka gerai makanan untuk tetamu nanti. segala persiapan telah disediakan oleh Pusat Khidmat Parlimen Muar, aku hanya diminta membawa AJK RAM dalam 5-6 orang ke rumah terbuka ini untuk membantu kerja-kerja yang patut. bagaimanapun aku hanya mampu membawa 4 orang ajk RAM termasuk diri ak sendiri.

Gerai Muar wakil Pejabat Timbalan Menteri Y.B Dato Razali Hj Ibrahim pada awal sebelum majlis bermula.

ak gerak dari UKM ke Bukit Jalil seawal 8.30 pagi. kebanyakan kerja menghias gerai 98% dah siap. kami cuma memasang bunting berkaki. Makanan pihak catering dari Muar dah handlekan. 

Gerai Muar selepas dihias. merupakan gerai makanan tercantik dalam Stadium.

pentas utama persembahan.

suasana stadium sebelum majlis bermula.

mengikut jadual majlis bermula pada jam 11 pagi. bagaimanapun, dif-dif VIP yang terdiri daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Hj Ibrahim telah tiba seawal jam 10.30 pagi. Orang ramai pun datang seawal 11 pagi. Kebanyakannya mereka terdiri daripada staf KBS, pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia malaysia (IKBN) dan pegawai-pegawai sukan.

sambutan gerai Muar memberasangkan.

Seperti gerai-gerai makanan yang lain, gerai Muar mendapat sambutan kunjungan yang amat mengalakkan. Makanan yang ditawarkan di gerai Muar ialah Mee Bandung Muar, Otak-otak dan Sirap Bandung Kelapa Muda. semua makanan ini original Muarian.Sambutan yang hangat ini telah dibuktikan dengan penghabisan stok Mee Bandung habis seawal 12.30 pm manakala air bandung kelapa Muda habis sebelum jam 1.30pm.

posing sambil tuang air sirap bandung... huhu

lautan manusia d stadium putra.

Disamping keghairahan orang ramai menikmati makanan yang disediakan, mereka dihiburkan dengan persembahan pentas di pentas utama. Persembahan pentas diterajui oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail, pengacara terhangat Hot FM. antara artis-artis yang membuat persembahan ialah Khai AF dan Rosma AF, Hattan, Awie, Jaclyn Victor, Haziq AF, Azlan Typewriter dan kump. Max247.

Pasangan pengacara terhangat, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Persembahan Kump. Max247.

Persembahan Azlan Typewriter.

Tepat jam 3 petang, Majlis Rumah terbuka KBS berakhir secara rasmi, orang ramai pun beransur pulang, gerai-gerai makanan dah tutup. bagaimanapun persembahan pentas masih berlangsung. Sebelum Majlis Rumah terbuka KBS tamat secara rasmi, alunan marhaban disampaikan oleh pelajar daripada Sekolah Maahad Muar. selepas itu, d pentas telah diadakan karaoke lagu Hari Raya d kalangan staf-staf KBS. 

Persembahan Marhaban oleh pelajar Maahad Muar mengakhiri majlis.

kami beransur pulang semua ke UKM dari bukit Jalil dalam jam 4.30 petang. InsyaAllah program seterusnya ialah Rumah Terbuka Parlimen Muar di Pt. Jawa, Muar, Johor pada 17 september ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...