Tuesday, September 13, 2011

MAJLIS IFTAR RAMADAN & BERBUKA PUASA MAHASISWA MUAR 2011 (17 OGOS 2011)


Pada 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1423H telah berlangsungnya Majlis Iftar Ramadhan dan Berbuka Puasa Mahasiswa Muar IPTA 2011. Majlis ini telah diadakan di Pekarangan Masjid Jamek al- Ehsan, Parit Jawa, Muar, Johor. Majlis ini merupakan anjuran Rangkaian Anak Muar (RAM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Khidmat Parlimen 146 Muar. 

Pendaftaran peserta.

Peserta yang menyertai majlis ini terbahagi dua iaitu mahasiswa Muar yang bakal masuk ke IPTA dan mahasiswa Muar yang sedia ada berada dan belajar di IPTA. Kenapa terbahagi dua pulak??? ni disebabkan peserta yang bakal masuk ke IPTA nanti akan diberikan sumbangan wang pendahuluan diri (WPD) daripada pihak Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Slot pertama bersama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor memberikan ceramah.

antara peserta-peserta yang hadir.

selepas slot ceramah, aktiviti seterusnya ialah program Interaksi dengan bakal mahasiswa Muar IPTA. mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut universiti yang bakal mereka masuk. Pelajar-pelajar ini telah difasilitatorkan oleh rakan-rakan mahasiswa Muar dari IPTA yang lain seperti dari UPSI,UTM, UM, UMT selain dari kami UKM.

Bakal pelajar UTM n UTHM di fasilitator oleh Taleeb (UTM)


bakal pelajar UKM n UMP difasi oleh ak n the gang (UKM)

selepas sesi ramah mesra bersama bakal mahasiswa Muar IPTA, majlis diteruskan dengan Majlis Tadarus al-Quran yang dianjurkan oleh pihak Masjid al-Ehsan.

majlis tadarus al-Quran berlangsung selepas Asar.

berakhirnya majlis Tadarus al-Quran, majlis diteruskan dengan perasmian yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Rahmah Mohamed yang merupakan anak jati Muar dan Tuan Haji Hanafiah Omar, Penasihat PERMAJ. 

Gandingan MC yg mantap, Nana dari PERMAJ dan Khairul Anuar (K.A) dari RAM.

bacaan doa majlis oleh Saudara Khair Sujud.

tetamu jemputan, Prof. Dr. Rahmah (TNC UKM), Dato' Razali Ibrahim, Tn Hj Hanafiah.

Ucapan alu-aluan daripada Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Rahmah.

Ucapan perasmian majlis oleh Y.B Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis peyampaian Wang Pendahuluan Diri (WPD) kepada bakal mahasiswa Muar IPTA.

berbuka puasa.

selepas berbuka puasa, majlis tidak berakhir disini. Majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah kemudiannya Moreh. 

Gandingan terhebat dari pelbagai Universiti yg telah menjayakan majlis. 
Dari kiri aku (UKM), Taleb (UTM), Zue (UPSI), Nafiah (UKM) dan Aniza (UPSI).

Terima kasih kepada semua kekawan Rangkaian Anak Muar IPTA yg telah menjayakan Majlis Iftar Ramadan dan Buka Puasa Mahasiswa Anak Muar 2011. tanpa korang semua majlis ni takkan berjaya. semoga hubungan Ukwah sesama kita Anak Muar akan sentiasa terjalin erat dan pihak-pihak serta agensi lain yang turut membantu terutamanya PERMAJ dan Persatuan Belia Jaya Parit Jawadan Pusat Khidmat Parlimen Muar. Jumpa program akan datang yee.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...