Friday, September 23, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 (23 September 2011)


Pada 23 September 2011 (Jumaat) telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kreatif Anti Rasuah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2011 bertempat di Dewan Gemilang (DG) UKM serentak dengan Pesta Konvo UKM 39.

Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 telah dijalankan bermula 7 Febuari 2011 hingga 30 Jun 2011. Pertandingan ini merupakan anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM dan Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertandingan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Photografi Anti Rasuah, Poster Anti Rasuah dan Cerpen Intergriti. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Universiti sama ada mahasiswa/i dan kakitangan universiti yang bertemakan "Mahasiswa Pencetus, Rasuah Terhapus". 

Poster pertandingan.

Poster Majlis Penyampaian Hadiah.

Sepanjang Pesta Konvo diadakan di DG, Sekretariat telah mengadakan Pameran Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011 mulai 22 hingga 26 September 2011. Pameran terdiri daripada poster dan photografi yang telah dihasilkan oleh peserta. 


Ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis.

Pada 22 September 2011, Pesta Konvo UKM 39 telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tuanku Canselor, Tuanku Mukriz Ibn al-Marhum Tuanku Munawir, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Canselor turut berkenan melawat setiap booth di dalam Dewan Gemilang termasuk booth SPR UKM.



Lawatan D.Y.M.M Tuanku Canselor ke booth Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM.

Pada hari Jumaat 23 September 2011 merupakan hari yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penyampaian Hadiah kepada peserta dan pemenang-pemenang pertandingan Kreatif Anti Rasuah. Majlis peyampaian hadiah telah di rasmikan oleh Puan Jamilah, yang mewakili  Yg. Bhg. Tpj. Dato' Samsiah Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Pengarah Pertandingan.

Persembahan Deklamasi Puisi Anti Rasuah.

Peyampaian hadiah kepada pemenang.

Deklamasi Puisi Anti Rasuah.

Sesi bergambar bersama peserta pertandingan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua urusetia dan ahli jawatan kuasa penyelaras yang telah mejayakan Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kreatif Anti Rasuah UKM 2011. tidak dilupakan juga kepada pegawai-pegawai Pusat Kebudayaan yang turut membantu. Terima kasih.

1 comment:

  1. Salam tuan
    Saya ingin bertanya saya ada mendapat email untuk menerima hadiah namun disebabkan saya berada di Sabah atas urusan kerja saya tidak dapat menghadirinya. Saya ingin bertanya mengenai status saya adakah saya mendapat sebarang tempat. Kerjasama dan perhatian tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Wassalam.

    Wijaya Kamal Ramlan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...