Thursday, June 9, 2011

Program MANTAP 2011


Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) merupakan sebuah program yang diadakan dengan penglibatan Mahasiswa-mahasiswa IPTA yang telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangkap Biro Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN). Mantap ini di bawah naungan Dato' Razali Ibrahim dan telah mendapat persetujuan dengan ahli Jawatankuasa Kabinet.

Program ini telah diadakan mulai 3 Jun bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelajar-pelajar yang telibat telah diselia dan berprogram dengan BTN. Antara pengisian program adalah bersifat patriotik, kenegaraan, riadah dan santai. Pada awalnya hampir 200 orang mahasiswa IPT yang melibatkan diri, bagaimanapun melalui tapisan dan interview yang dilakukan kini hanya 86 orang peserta yang berada dalam program MANTAP, dan mereka akan di hantar untuk berkhidmat dengan Ahli-ahli parlimen pilihan mereka. Sesungguhnya program ini mendedahkan kepada mahasiswa kepada keadaan parlimen dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh ahli parlimen pilihan mereka. Keadaan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan agenda politik yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. 

Kolej Keris Mas, UKM.

Sesi temuduga telah diadakan.

ucapan oleh Dato, Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd. Hamid

Dato, bergambar dengan peserta lelaki MANTAP

Bersama peserta wanita.


bersama urusetia MANTAP





1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Boleh ceritakan tak tentang program ni.
    Saya dapat program ni tapi tak tahu nak pergi ke tidak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...